Friday, April 24, 2020

Certificate of Completion - Train The Trainer


23 Apr 2020
Terima Certificate of Completion - Train The Trainer dari Human Resource Development Fund
Selangkah maju untuk menabur bakti dalam bidang latihan keusahawanan kepada yang memerlukan. InsyaAllah.

Tuesday, April 21, 2020

Reset Your Idea

21 April 2020
Attending a Zoom talk by my mentor Coach Dr Shaker Mustafa, Certified Master Developmental Coach (ICM-USA) on "Reset Your Idea" organised by Franchise Institute (Permodalan Nasional Berhad Academy) facilitated by En Matten Rahman of FI.

Sunday, April 19, 2020

Program Bimbingan Usahawan SOO2O

Program Bimbingan Usahawan Secara Online One to One. 

Kandungan Program ini adalah 

1) Persediaan Usahawan melalui profiling 

2) Pengisian ilmu keusahawanan melalui latihan asas perniagaan 

3) Bimbingan melalui business coaching. 

Bayaran adalah secara infaq sehingga 30 April 2020

Untuk pendaftaran boleh klik https://forms.gle/Gy4Q1CWNosYmJXPT6

Tuesday, April 14, 2020

OPERASI OP102 14.04.2020


Sambungan dari OP101 11.04.2020

B). Perniagaan Bengkel Motorsikal

INPUT

Peralatan:

  • Peralatan yang diperlukan untuk bengkel motosikal
  • Guna produk peralatan yang sesuai dan tahan lama


Perkakasan:
  • Kompresor
  • Perkakasan - perkakasan bengkel yang diperlukan
  • Guna perkakasan yang sesuai dan tahan lama


Alat Ganti:
  • Tayar dan tiub
  • Spark Plug
  • Mentol
  • Lampu- Lampu
  • Stok alat ganti yang sesuai dengan bajet pelanggan


Minyak:
  • Minyak Hitam
  • Minyak Brek
  • Stok minyak-minyak yang sesuai dengan bajet pelanggan

Aksesori:
  • Cermin Sisi
  • Alas tempat duduk
  • Bakul
  • Kotak simpanan
  • Jaket
  • Glove
  • Helmet               
  • Boots
  • Stok aksesori yang sesuai dengan bajet pelanggan  

Ruang Menuggu:
    
  • Sediakan ruang menunggu yang selesa untuk pelanggan. 
  • Sediakan water cooler di ruang menuggu pelanggan                 
  • Sediakan television kecil di ruang menuggu pelanggan


PROSES:
  • Proses kerja-kerja baikpulih asas
  • Proses kerja-kerja baikpulih intermediate
  • Proses kerja-kerja baikpulih advance


OUTPUT:
  • Kemasan kerja baikpulih yang terbaik
  • Masa baikpulih yang cepat
  • Harga perkhidmatan yang munasabah
  • Cipta hubungan mesra dengan pelanggan      
  • Dapatkan maklumbalas dari pelanggan untuk tingkatkan perkhidmatan


Saturday, April 11, 2020

OPERASI - OP101 11.04.2020



OPERASI – OP101


Setiap perniagaan yang ingin kita lakukan bermula dengan sesuatu operasi. Operasi bermakna membuat sesuatu barangan untuk dijual mahupun sebarang perkhidmatan yang hendak diberikan kepada bakal pelanggan. 

Operasi penyediaan makanan contohnya melibatkan pembelian sumber bahan mentah, memproses bahan mentah itu sehingga menjadi makanan siap untuk dijual.

Sementara operasi perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti perniagaan bengkel motosikal melibatkan sumber penyediaan bahan-bahan baikpulih yang diproses melalui mutu kerja yang efisen lagi efektik oleh mekanik motorsikal sehingga siap motorsikal itu di perbaikki.  

Secara umumnya Operasi adalah Input > Process > Output (IPO). Input adalah sumber-sumber yang diperlukan untuk di Proses yang menghasilkan Output seperti barangan makanan yang siap atau motorsikal yang sempurna diperbaikki. Mari kita lihat IPO dalam contoh- contoh berikut:-

A). Penyediaan Makanan
  • Input

    • Resipi
      • Resipi dari turun temurun
      • Resipi yang dipelajari
      • Resipi yang ditambah nilai atau diperbaikki


    • Menu
      • Bagi memberitahu pelanggan apa makanan atau jenis-jenis makanan yang sedia dijual berserta dengan harga yang berkaitan.
      • Menu boleh ditulis atas kertas kecil atau menggunakan bunting dan sebagainya mengikut kesuaian


    • Peralatan
      • Menggunakan peralatan memasak yang sesuai
      • Perlu ganti yang baru jika peralatan memasak sediada sudah kelihatan lusoh dan sebagainya.
      • Perlu ganti kerusi, meja dan alas meja yang tidak sesuai.
      • Memastikan kesediaan menggantikan peralatan lain bila mana perlu. Seperti tong gas dan sebagainya.

    • Bahan-bahan memasak
      • Bahan-bahan memasak utama mestilah diambil dari pembekal yang terbukti kredibiliti dari segi kualiti bahan, kestabilan harga dan integriti pembekalan.
      • Bahan-bahan sampingan boleh diambil dari sumber yang sediada.
      • Seelok-eloknya adakan bekalan stok bahan-bahan di rumah untuk operasi beberapa hari berniaga.


  • Proses
    • Cara memasak yang seragam              
      • Menggunakan bahan mentah utama dan sampingan yang seragam.
      • Prosidur masakan yang seragam.
      • Bagi memastikan rasa dan kualiti makanan yang seragam dan tidak mudah berubah-ubah apabila kita tukar cara memasak atau siapa juga tukang masaknya, kita perlukan SOP memasak yang terperinci. 
      • Kenapa bila kita makan di KFC di mana-mana sahaja rasanya sama bukan? Sebab mereka ada SOP, dari segi kuantiti bahan, masa dan cara memasak.


  • Output
    • Hasil masakan
      • Hendaklah berkualiti dan dalam kuantiti yang seragam.
      • Rasa yang sentiasa seragam


    •  Sesuaikan dengan kehendak pelanggan
      • Pelanggan ada banyak ragam. Perlu sesuai permintaan pelanggan dengan masakan kita.
      • Customer is always right


    • Persembahan yang menarik
      • Makanan yang enak nampak lebih menarik apabila dipersembahkan atas pinggan yang mewah dan bersih beserta dengan sudu dan garpu yang menarik.
      • Cara pembungkusan yang baik juga memberitahu pelanggan bahawa produk kita berkualiti, terbaik dan bersih sepertimana bungkusan kita.


Bersambung OP102…..


ZOOM Learning and Practice - Online Learning Group


ZOOM Learning and Practice by Online Learning Group hosted by Tuan Mae Hashim on 11.04.2020. Great sharing of ideas and practices among the participants. Thank you to Tuan Haji Azmi for facilitating.

ZOOM Meeting on OBS


ZOOM Meeting with Mr. Radzman on Open Broadcasting System presentation on 08.04.2020

Tuesday, April 7, 2020

SISTEM UNJURAN ALIRAN TUNAI BISNES & PERSONAL


Salam sejahtera. 

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat wabak COVID-19,  perancangan aliran tunai adalah penting bagi individu yang bekerja mahupun yang  berniaga. 

Bagi membantu anda membuat perancangan aliran tunai anda, saya menawarkan 2 produk Unjuran Aliran Tunai iaitu:- 

a) Sistem Unjuran Aliran Tunai untuk Personal berharga RM 30.00. 
b) Sistem Unjuran Aliran Tunai untuk Bisnes berharga RM 50.00. 

Latihan menggunakan sistem ini akan diberi secara online. 

Memandangkan kedua-dua sistem ini menggunakan Microsost Excel Office 2019, pengetahuan asas dalam Excel akan dapat membantu anda mengguna pakai sistem ini.

Sekiranya anda berminat sila  whatsapp saya untuk maklumat selanjutnya atau pergi ke https://forms.gle/kw9oWxRZUGpWiZsB8

Terima kasih.
Ahmad Kamil
012-9108137