Apa itu BMC?
BMC adalah satu model bisnes yang boleh dilakarkan di atas canvas atau kertas sebagai satu perancangan yang merangkumi semua aspek bisnes seperti Pemasaran dan Jualan, Operasi Bisnes, Kewangan, Sumber Manusia dan ICT. BMC mengandungi 9 asas perniagaan yang perlu diberi perhatian semasa merancang, sebelum memulakan mahupun semasa menjalankan sesuatu bisnes.
Asas-asas bisnes itu termasuklah:-
1. Cadangan Nilai (Apa Produk/Perkhidmatan yang hendak di tawarkan kepada pelanggan?)
2. Segmen Pelanggan (Siapa Pelanggan kita. Apa setiap segmen pelanggan perlukan?)
3. Perhubungan Pelanggan (Bagaimana kita hendak berhubung dengan segmen pelanggan tersebut?)
4. Saluran (Apakah saluran-saluran perhubungan yang boleh digunakan bagi setiap segmen pelanggan?)
5. Aktiviti Utama ( Apakah aktiviti utama yang perlu dilaksanakan bagi menyediakan cadangan nilai?)
6. Sumber Utama ( Apa sumber utama yang di perlukan untuk membolehkan aktiviti-aktiviti utama dapat dilaksanakan?)
7. Rakan Utama ( Siapakan rakan utama yang dapat membantu kita menyediakan sumber-sumber lain dalam aktiviti-aktiviti utama?)
8. Struktur Kos (Apakah kos-kos yang terlibat dalam bisnes ini?)
9. Aliran Pendapatan (Bagaimana aliran pendapatan dapat dijana dalam bisnes ini?)
BMC dikarang oleh Alexander Osterwalder & Yves Pigneur pada tahun 2010 dan ianya dibangunkan bersama 470 pengamal bisnes dari 45 buah negera.
Kami ada menyediakan latihan dan coaching BMC secara online. Sekiranya tuan/puan berminat, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Sekian. Terima kasih.
Business Trainer / Coach
Capital Profiling Resources
No. HP: 011-58578445
Email: milhashim@gmail.com
No comments:
Post a Comment