Profil Ahmad Kamil Abu Hashim

 

    Profil 

Ahmad Kamil Abu Hashim

 

Ahmad Kamil Abu Hashim adalah graduan Diploma Lepasan Ijazah Analisa Sistem (UiTM – 1986). Disamping itu beliau berkelulusan Bachelors in Business Administration (Ohio U./UiTM – 1984) dan juga merupakan graduan Diploma Pentabiran Awam (UiTM- 1982).

Beliau berpengalaman sebanyak tujuh belas tahun dalam sektor perbankan komersial di jabatan pengurusan kredit dan operasi di beberapa cawangan Bank Bumiputra Malaysia Berhad dari tahun 1977 hingga 1994.

Seterusnya selepas berhenti dari perkhidmatan dengan bank beliau berpengalaman selama empat tahun dalam sector sekuriti bursa saham sebagai remisier di Omega Securities dan dealer representative di Jupiter Securities. Di antara pelanggan institusi beliau adalah KWSP (EPF) dan Morgan Grenfield Singapore (1994-1998).

Selepas berhenti dari sektor sekuriti saham pada 1998 beliau mula berkhidmat di beberapa buah syarikat swasta dengan memegang jawatan kanan dalam  pengurusan kewangan dan akaun sehingga 2014.

Antara syarikat-syarikat yang beliau pernah berkhidmat termasuklah syarikat-syarikat dalam bidang kontraktor alam sekitar, kilang perabot ekspot, perisian teknologi komunikasi, koperasi guru, perkhidmatan perakaunan, setiausaha syarikat, percukaian, projek penswastaan kutipan cukai tanah negeri Selangor dan syarikat pengimpot motosikal berkuasa tinggi.

Pada tahun 2014 beliau telah mula menceburi bidang latihan secara serius dengan mengambil Certification in Training dari HRDF. Pada tahun 2015 pula beliau telah menjadi Certified TAJMA Personality Practitioner dalam bidang psikometrik. Pada 2016 beliau telah mengambil Gateway Certificate in Developmental Coaching dari Interdevelopmental Institute (IDM-USA) bagi meningkatkan lagi kompetensi beliau dalam latihan dan pembangunan modal insan.

Buat masakini beliau memberi latihan-latihan bisnes seperti Program Asas Keusahawanan dan Business Model Canvas kepada kumpulan-kumpulan usahawan dan juga Program Kecemerlangan Eksekutif kepada kakitangan syarikat swasta. 

No comments:

Post a Comment