Sunday, November 29, 2020

iLEARN Ace - Maklumat ringkas

 

Maklumat i-LEARN Ace

Menerapkan Keyakinan Melalui Pembelajaran Kendiri.

i-LEARN Ace di bangunkan oleh MindTech Education Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Sasbadi Holdings Berhad yang merupakan sebuah syarikat patuh shariah yang disenaraikan di papan utama, di bawah sektor telekomunikasi dan media  Bursa Malaysia.

i-LEARN Ace adalah sebuah platform pembelajaran digital berintegrasi sepenuhnya yang berasaskan kepada Kurikulum Sekolah Kebangsaan Malaysia. Platform berbagai fungsi ini dibina untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang boleh di sesuaikan, interaktif, menarik dan mudah alih bagi pelajar, guru dan ibu bapa.

Platform ini dengan lancar akan menggabungkan semua aspek penting proses ulangkaji pelajar, membolehkan pelajar membaca topik, membuat latihan, mencatit nota dan peta minda, berinteraksi dengan rakan-rakan, guru-guru dan banyak lagi; semua nya didalam satu tempat.

i-LEARN Ace juga ada mobile app percuma yang membolehkan pengguna mengakses semua ciri-cirinya samada secara online atau offline – menjadikan ia sebuah platform yang benar-benar Mobile (M)-Learning.

Ciri-Ciri Utama:

·      100% berasaskan kepada format terkini KSSR / KSSM / KBSM

·      Banyak pilihan matapelajaran

·      Termasuk konsep i-Think, HOTS dan PBS

·      Model Kertas Ujian untuk for UPSR, PT3 dan SPM

·      Mod Online dan Offline (M-Learning)

·      Pelajar, guru and ibu bapa berhubung di 1 platform

Ciri-Ciri Termasuk:

·      Nota Peta Minda

·      Penilaian

·      Laporan Kemajuan

·      Sistem Ganjaran

·      Kamus

·      Video & Latihan

·      Applikasi – Online & Offline

·      Tugasan

  

Rujukan:

http://www.sasbadi.com

http://www.mindtechedu.com


Tuesday, November 10, 2020

Business Model Canvas - BMC

Business Model Canvas - BMC

Apa itu BMC?

BMC adalah satu model bisnes yang boleh dilakarkan di atas canvas atau kertas sebagai satu perancangan yang merangkumi semua aspek bisnes seperti Pemasaran dan Jualan, Operasi Bisnes, Kewangan, Sumber Manusia dan ICT. BMC mengandungi 9 asas perniagaan yang perlu diberi perhatian semasa merancang, sebelum memulakan mahupun semasa menjalankan sesuatu bisnes.

Asas-asas bisnes itu termasuklah:- 

1. Cadangan Nilai (Apa Produk/Perkhidmatan yang hendak di tawarkan kepada pelanggan?) 

2. Segmen Pelanggan (Siapa Pelanggan kita. Apa setiap segmen pelanggan perlukan?)

3. Perhubungan Pelanggan (Bagaimana kita hendak berhubung dengan segmen pelanggan tersebut?) 

4. Saluran (Apakah saluran-saluran perhubungan yang boleh digunakan bagi setiap segmen pelanggan?) 

5. Aktiviti Utama ( Apakah aktiviti utama yang perlu dilaksanakan bagi menyediakan cadangan nilai?)

6. Sumber Utama ( Apa sumber utama yang di perlukan untuk membolehkan aktiviti-aktiviti utama dapat dilaksanakan?)

7. Rakan Utama ( Siapakan rakan utama yang dapat membantu kita menyediakan sumber-sumber lain dalam aktiviti-aktiviti utama?)

8. Struktur Kos (Apakah kos-kos yang terlibat dalam bisnes ini?)

9. Aliran Pendapatan (Bagaimana aliran pendapatan dapat dijana dalam bisnes ini?)

BMC dikarang oleh Alexander Osterwalder & Yves Pigneur pada tahun 2010 dan ianya dibangunkan bersama 470 pengamal bisnes dari 45 buah negera. 

Kami ada menyediakan latihan dan coaching BMC secara online. Sekiranya tuan/puan berminat, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Sekian. Terima kasih.

Ahmad Kamil Abu Hashim
Business Trainer / Coach

Capital Profiling Resources
No. HP: 011-58578445
Email: milhashim@gmail.com