OPERASI
– OP101
Setiap perniagaan yang ingin kita lakukan bermula dengan
sesuatu operasi. Operasi bermakna membuat sesuatu barangan untuk dijual mahupun
sebarang perkhidmatan yang hendak diberikan kepada bakal pelanggan.
Operasi penyediaan makanan contohnya melibatkan pembelian
sumber bahan mentah, memproses bahan mentah itu sehingga menjadi makanan siap
untuk dijual.
Sementara operasi perniagaan berasaskan perkhidmatan
seperti perniagaan bengkel motosikal melibatkan sumber penyediaan bahan-bahan baikpulih
yang diproses melalui mutu kerja yang efisen lagi efektik oleh mekanik motorsikal sehingga siap
motorsikal itu di perbaikki.
Secara umumnya Operasi adalah Input > Process >
Output (IPO). Input adalah sumber-sumber yang diperlukan untuk di Proses yang menghasilkan
Output seperti barangan makanan yang siap
atau motorsikal yang sempurna diperbaikki. Mari kita lihat IPO dalam contoh-
contoh berikut:-
A). Penyediaan
Makanan
- Input
- Resipi
- Resipi dari turun temurun
- Resipi yang dipelajari
- Resipi yang ditambah nilai atau diperbaikki
- Menu
- Bagi memberitahu pelanggan apa makanan atau jenis-jenis makanan yang sedia dijual berserta dengan harga yang berkaitan.
- Menu boleh ditulis atas kertas kecil atau menggunakan bunting dan sebagainya mengikut kesuaian
- Peralatan
- Menggunakan peralatan memasak yang sesuai
- Perlu ganti yang baru jika peralatan memasak sediada sudah kelihatan lusoh dan sebagainya.
- Perlu ganti kerusi, meja dan alas meja yang tidak sesuai.
- Memastikan kesediaan menggantikan peralatan lain bila mana perlu. Seperti tong gas dan sebagainya.
- Bahan-bahan memasak
- Bahan-bahan memasak utama mestilah diambil dari pembekal yang terbukti kredibiliti dari segi kualiti bahan, kestabilan harga dan integriti pembekalan.
- Bahan-bahan sampingan boleh diambil dari sumber yang sediada.
- Seelok-eloknya adakan bekalan stok bahan-bahan di rumah untuk operasi beberapa hari berniaga.
- Proses
- Cara memasak yang seragam
- Menggunakan bahan mentah utama dan sampingan yang seragam.
- Prosidur masakan yang seragam.
- Bagi memastikan rasa dan kualiti makanan yang seragam dan tidak mudah berubah-ubah apabila kita tukar cara memasak atau siapa juga tukang masaknya, kita perlukan SOP memasak yang terperinci.
- Kenapa bila kita makan di KFC di mana-mana sahaja rasanya sama bukan? Sebab mereka ada SOP, dari segi kuantiti bahan, masa dan cara memasak.
- Output
- Hasil masakan
- Hendaklah berkualiti dan dalam kuantiti yang seragam.
- Rasa yang sentiasa seragam
- Sesuaikan dengan kehendak pelanggan
- Pelanggan ada banyak ragam. Perlu sesuai permintaan pelanggan dengan masakan kita.
- Customer is always right
- Persembahan yang menarik
- Makanan yang enak nampak lebih menarik apabila dipersembahkan atas pinggan yang mewah dan bersih beserta dengan sudu dan garpu yang menarik.
- Cara pembungkusan yang baik juga memberitahu pelanggan bahawa produk kita berkualiti, terbaik dan bersih sepertimana bungkusan kita.
Bersambung
OP102…..
No comments:
Post a Comment